Ekosistem rakan strategik yang komited terhadap kejayaan anda

Rakan-rakan Antarabangsa

Designhill

Designhill.com adalah salah satu platform rekaan grafik dalam talian yang sedang berkembang pesat dalam membantu usahawan dan perniagaan kecil mendapatkan rekaan grafik berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

Freelancer International Pty. Limited

Freelancer.com merupakan pasaran pekerjaan bebas dan crowdsourcing yang terbesar di dunia, merangkumi dan berhubungan dengan 18 juta majikan dan pekerja-pekerja bebas serata dunia dari 247 negara. Menerusi platform ini, Freelancer.com menyediakan akses kepada ribuan tugasan-tugasan digital dalam bidang pembinaan perisian, penulisan, pengisian data dan perekabentuk grafik, dari industri-industri kejuruteraan, sains, jualan dan pemasaran, parakaunan, perkhidmatan undang-undang dan pelbagai lagi.

SquadRun

SquadRun adalah platform kerja yang menawarkan solusi pekerjaan yang fleksibel kepada syarikat-syarikat seperti Uber, Sephora, the Tata Group, the Flipkart Group, Amazon, Yatra, Snapdeal, Ola dan lain-lain. Ia memberikan kemudahan kepada syarikat-syarikat ini untuk menukarkan masalah data-data yang  besar kepada misi yang  kecil. Misi-misi kecil ini akan diselesaikan oleh orang ramai dari mana-mana lokasi di seluruh dunia. Misi-misi ini terdiri dari gambar-gambar yang telah ditag, memberikan pendapat melalui aplikasi, memadankan barangan atau mengkategorikan produk.

Upwork Global Inc.

Upwork merupakan sebuah platform yang dipercayai oleh syarikat-syarikat utama dunia untuk mengambil dan bekerjasama dengan pekerja bebas yang berbakat dan profesional. Upwork menyediakan peluang untuk berhubung dengan lebih 4 juta pelanggan dan lebih dari 100,000 projek profesional yang ditawarkan setiap bulan.

123RF Limited

123RF adalah sebuah perpustakaan media digital bebas royalti yang menawarkan pelbagai jenis imej komersial, video, audio, rekaan logo dan ilustrasi dengan harga yang berpatutan dan tidak terlalu mahal. 123RF menyediakan peluang untuk pemilik aset-aset di atas untuk menyumbangkan foto original, ilustrasi vektor atau video, dan menjana pendapatan pasif setiapkali pembeli memuat turun kandungan pemilik-pemilik berkenaaan.

Rakan-rakan Tempatan

AfterFiv Global

AfterFiv merupakan platform pemasaran yang menghubungkan antara pembeli dan penjual, menjadikan penjualan dan pembelian perkhidmatan lebih efektif dan efisyen dengan harga yang berpatutan. AfterFiv.com membolehkan seseorang itu bekerja dan memperolehi pendapatan tambahan di masa lapang, dengan menawarkan perkhidmatan seperti pereka grafik, penulis iklan, penterjemahan, pengaturcaraan program web, pemasaran digital, video dan audio, dan juga pengisian data.

Addeen Online Sdn. Bhd.

Addeen Online menawarkan peluang menjana pendapatan tambahan dengan menjadi agen pemasaran maya melalui program promoter online. Melalui program ini, promoter online hanya perlu mempromosikan link langganan bagi majalah popular keluaran Telaga Biru, iaitu Solusi dan al-Ustaz versi digital di media sosial dan akan mendapat komisen bagi setiap langganan.

Teknologi (M) Sdn. Bhd.

Bantu.my adalah platform pekerja bebas yang pertama di Malaysia untuk keperluan perniagaan anda. Dengan lebih daripada beribu kemahiran berpatutan atau “kerja” yang ditawarkan di pasaran terbuka ini, pemilik perniagaan dapat melihat-lihat dan membeli dari masyarakat penjual Bantu dalam persekitaran yang berstruktur, terjamin dan telus.

Green Initiative Sdn. Bhd.

Bateriku.com (platform milik Green Initiative Sdn.Bhd.) adalah peneraju kepada perkhidmatan penghantaran bateri atas permintaan “on-demand” yang beroperasi dari Perlis hingga ke Johor. Bateriku.com menumpukan sepenuh perhatian dalam memberikan pengalaman yang terbaik kepada para pengguna dengan menawarkan penghantaran, pemeriksaan & pemasangan percuma bateri automotif kepada pelanggan.

Boleh Compare

BolehCompare adalah satu platform perbandingan harga & produk dalam industri telekomunikasi, bank, telefon pintar & insurans di mana kami membantu pengguna untuk mencari informasi produk & harga dalam platform kami untuk membantu pengguna menjimat masa & kos. Kami kini menawarkan peluang crowdsource untuk mana-mana rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan dengan menjadi agen ‘affiliate’ kami untuk mempromosikan jenama seperti Maxis, TIME, Astro, TM dan lain-lain telco, telefon pintar & syarikat insurans. Sertai kami sekarang dan menjalani latihan yang dipermudahkan untuk menambah pendapatan anda.

CollectCo Services

Collectco membolehkan anda menghantar, mengambil dan mengembalikan bungkusan di premis perniagaan berhampiran anda. Premis rakan niaga  mereka terdiri daripada farmasi, pasaraya besar, kedai serbaneka, kafe, dan banyak lagi. Dengan beratus-ratus pusat Collectco di seluruh negara, Collectco menjadikan penghantaran dan pengembalian bungkusan lebih mudah. Collectco turut bekerjasama dengan e-Pay yang membolehkan lebih daripada 25,000 kedai di seluruh negara untuk menawarkan perkhidmatan CollectCo. Selain itu, CollectCo juga mempunyai perkongsian niaga dengan Skynet, Line Clear dan SnT Global Logistics bagi membolehkan para pelanggan melakukan penghantaran bungkusan mereka secara menyeluruh.

Dropit Ventures Sdn. Bhd.

DropIt.my menyediakan alternatif kepada individu dan perniagaan dalam urusan perkhidmatan penghantaran. Dropit.my melakukan penghantaran pada hari yang sama dengan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran dari pintu ke pintu yang cekap, boleh dipercayai dan profesional.

Droupr Sdn. Bhd.

Platform berasaskan laman sesawang, mesra pengguna dan mudah alih yang menyediakan servis kongsi kenderaan yang memadankan pemilik kereta dan penumpang yang mempunyai tujuan perjalanan yang sehala dengan tujuan untuk memberikan peluang kepada komuniti untuk merasai perjalanan yang selamat sambal berkongsi kos perjalanan.

Multi Media Synergy Corporation Sdn. Bhd.

EduSource merupakan satu platform pendidikan digital yang dimiliki dan dikendalikan oleh Multi Media Synergy Corporation Sdn Bhd (MMSC) dengan tujuan utamanya untuk menyalurkan tugasan-tugasan digital dari Pembangun Kandungan Pendidikan kepada pekerja digital.

Foooqy

Foooqy merupakan medium bagi pasaran makanan yang dicipta khas untuk tukang masak dari rumah dan para penggemar makanan. Tukang masak dari rumah dengan mudahnya dapat memasarkan produk masakan mereka secara maya di platform beserta dengan gambar makanan, penerangan dan harga. Ia telah dilancarkan pada Ogos 2016. Platform ini akan menapis secara automatik radius penghantaran chef dan kehendak pelanggan. Terdapat 350 chef berdaftar dan 850 pelanggan yang dijangkakan akan terus bertambah. Foooqy bertujuan mengurangkan ketidaksamaan ekonomi di mana ianya membolehkan golongan berpendapatan rendah dengan kemahiran memasak untuk memulakan pendapatan tanpa memerlukan apa-apa pelaburan.

Gigagigs Sdn. Bhd.

Platform ini menghubungkan serta-merta anda dengan tugas mikro (mudah, menyeronokkan dan tugas-tugas yang mudah untuk dilakukan) dan ianya akan dibayar kepada anda apabila selesai tugas ini. Platform ini membolehkan orang ramai untuk mendapatkan wang tunai tambahan dan ganjaran yang besar lain semasa akan tentang rutin harian anda; sama ada membeli-belah, menjalankan tugas, makan atau menunggu temujanji yang berikutnya.

Gloviss

Gloviss adalah panel komuniti kaji selidik di atas talian. Gloviss akan menjalankan kaji selidik di atas talian untuk mendapatkan pendapat pengguna supaya syarikat-syarikat boleh memahami bagaimana produk/servis mereka memberi faedah kepada pengguna. Sebagai tanda terima kasih di atas penyertaan anda bagi setiap kaji selidik, Gloviss memberikan ganjaran untuk pendapat anda secara tunai ataupun baucer.

Eternal Meteor Sdn. Bhd.

GoGet.my merupakan platform pemasaran atas talian untuk tugasan-tugasan real time atau menggunakan masa nyata, dalam perkhidmatan penghantaran atau pengangkutan. Platform berasaskan komuniti ini boleh didapati dari laman web, laman web mudah alih dan aplikasi telefon pintar (Android). Platform ini memberi peluang kepada pelajar, pekerja bebas, penjawat awam, suri rumah and sesiapa sahaja untuk menambahkan pendapatan secara tip, pada setiap tugasan yang dilakukan seperti penghantaran atau pengangkutan barangan.

GrabCar Sdn. Bhd.

Grab adalah platform “ride hailing” yang menyelesaikan cabaran pengangkutan kritikal dan menjadikan pengangkutan bebas sebagai realiti untuk 620 juta orang di Asia Tenggara. Grab telah dilancarkan pada June 2012 di Malaysia sebagai MyTeksi. Produk utama bagi platform Grab adalah termasuk kereta persendirian, motosikal dan tahan teksi. Grab memberi tumpuan kepada perintisan alternatif cara baru menyambungkan untuk pemandu dan peumpang dengan penekanan kepada kemudahan,keselamatan dan kebolehpercayaan.

Happy Apparel Enterprise

Happy2u merupakan syarikat yang bercita-cita untuk menjadi peneraju pasaran e-dagang, dan memberi fokus kepada penjualan kasut secara atas talian. Melalui program dropship, individu-individu boleh menjadi ejen dropship dengan pelbagai jenis produk sedia ada. Stok yang ditawarkan di laman web dikemaskini setiap hari.

StellarWorks Sdn. Bhd.

Platform untuk semua wanita bekerjaya & para ibu, yang memberikan peluang kepada mereka untuk berdikari dan menjadi penyumbang kewangan yang lebih baik kepada diri mereka sendiri dan keluarga. Ianya adalah untuk dimanfaatkan pada titik jualan yang unik dan menjadi sebagai sumber yang membantu wanita Malaysia mencari pekerjaan separuh masa atau waktu yang fleksibel, atau peluang bebas, mencari padanan yang sesuai.

Honestbee Sdn. Bhd.

Honestbee menyediakan perkhidmatan pembelian & penghantaran atas talian yang berhasrat menjadi pasaraya yang terbesar di Asia. Mereka menawarkan perkhidmatan penghantaran atas permintaan “on-demand” bagi barangan runcit, makanan, dobi, kesihatan dan kecantikan, rumah dan kereta, dan lain-lain.

Hotbounty Sdn. Bhd.

HotBounty merupakan platform jual beli secara atas talian untuk syarikat-syarikat kecil, sederhana dan pasukan jualan crowdsource untuk menjana peluang perniagaan berkualiti melalui rangkaian sosial atau perniagaan (pemburu), dibalas dengan ganjaran (BOUNTY). HotBounty menawarkan komisyen kepada individu yang boleh menggunakan rangkaian sosial dan perniagaan masing-masing untuk mencadangkan peluang perniagaan kepada pemilik-pemilik perniagaan.

Work Happy Sdn. Bhd.

Jobi adalah platform pemadanan kerja sambilan yang membantu perniagaan untuk mengupah pekerja separuh masa yang berkualiti dengan cekap. Platform ini adalah satu pasaran kerja terbuka yang memberi tumpuan kepada penawaran pekerjaan sambilan dan latihan untuk pelajar kolej / universiti dan sesiapa sahaja yang mahu mendapatkan pendapatan tambahan dengan bekerja hujung minggu.

Megasap Sdn. Bhd.

JobForHire.com adalah platform pekerjaan tempatan yang inovatif. Platform ini membantu majikan untuk mendapatkan pekerja selain turut menawarkan program rujukan (referral programme) yang unik. Ia juga menawarkan aplikasi mudah alih yang terkini yang membantu orang ramai untuk mendapatkan pekerjaan bersesuaian dengan lebih cepat.

Kumoten

Kumoten merupakan salah satu syarikat Dropship yang terbesar di Malaysia dari segi bilangan produk yang boleh dijual. Agen-agen dropship Kumoten boleh memilih mana-mana 25,000 jenis produk di dalam sistem Kumoten dan produk-produk ini boleh jual di mana-mana sahaja tanpa membeli stok simpanan

Lorry365 Sdn.Bhd

Lorry365 (sebelum ini dikenali sebagai MyLori) adalah platform berasaskan aplikasi telefon yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan bersaiz besar di seluruh negara. MyLori menghubungkan pelanggan dengan pemandu yang berdaftar secara atas talian. Aplikasi ini telah bermula pada Mac 2016 dan kini telah dimuat turun oleh lebih 2500 orang pengguna serta mempunyai lebih daripada 300 pemandu berdaftar di seluruh negara.

MaidEasy Sdn. Bhd.

MaidEasy adalah satu platform mudah alih yang membantu pelanggan mendapatkan pemcuci sambilan dengan mudah dari telefon pintar mereka. MaidEasy menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang menjana pendapatan kepada beribu-ribu orang yang berpendapatan rendah dalam masyarakat dengan menawarkan kerja-kerja pembersihan rumah melalui platform mudah alih hak milik mereka.

Maibasuh Services 

Maibasuh meyediakan perkhidmatan perincian dan mencuci kereta atas permintaan (on-demand) yang menggabungkan teknologi hijau ke dalam industri perniagaan mencuci kereta.

Manis

Manis adalah aplikasi ganjaran di mana pengguna dengan mudahnya boleh mendapatkan mata ganjaran Manis dengan hanya mengambil gambar resit perbelanjaan setiap kali mereka membeli-belah, makan dan berhibur untuk menebus baucer yang ekslusif.

Manis adalah aplikasi paling ideal untuk pencari tawaran hebat, para pembeli, pelajar, kaum ibu dan semua yang mahukan nilai tambahan dalam setiap pembelian.

Dapatkan Ganjaran Setiap Kali Anda Membeli-belah, Makan & Berhibur.

MatDespatch

MatDespatch adalah platform yang membantu sesiapa sahaja untuk menghantar apa-apa sahaja dan ke mana-mana jua di samping membantu sesiapa sahaja untuk mendapatkan pendapatan tambahan ketika melakukan penghantaran di sekitar Lembah Klang. Dilancarkan pada akhir tahun 2015, MatDespatch telah membuat lebih dari 11,000 penghantaran dengan lebih daripada 3000 pelanggan dan lebih daripada 3000 rakan kongsi.

Brightan System Sdn Bhd

Maukerja merupakan enjin pengambilan tenaga pekerja yang menawarkan ribuan pekerjaan di sektor kerajaan dan swasta di setiap negeri di Malaysia. Maukerja menawarkan pelbagai jenis pekerjaan; dari pekerjaan sepenuh masa, separuh masa, pekerjaan sementara, pekerjaan secara latihan dan juga pekerjaan dari rumah atau atas talian, merangkumi pekerjaan pembantu admin, pemandu, juruteknik, operator dan khidmat pelanggan, kru-kru acara, kru-kru restoran dan banyak lagi.

MOOCASH

MooCash merupakan satu platform untuk mendapat ganjaran wang tunai hanya dengan menggunakan telefon pintar anda. Anda akan mendapat coins dengan muat turun aplikasi dan permainan, melengkapkan kaji selidik atau merujuk kawan-kawan anda.  Selepas itu, anda boleh menebus ganjaran wang tunai paypal, tambah nilai prabayar untuk telefon bimbit dan banyak lagi!

Moola

Moola adalah platform pengiklanan yang menyesuaikan pemandu dengan jenama untuk membentuk pengiklanan kenderaan yang berkesan, dengan membenarkan pemandu melekatkan papan iklan ke kereta dan memperoleh pendapatan ketika sedang memandu. Manakala syarikat secara tidak langsung dapat mengiklankan jenama dengan cara yang lebih efektif.

Pemandu memperoleh pendapatan pasif manakala membolehkan syarikat mengiklankan jenama pada nilai ekonomi yang mengagumkan.

Sazma Golden Enterprise

Moovby adalah platform yang membolehkan pemilik kenderaan menyewakan kenderaan mereka yang tidak digunakan mengikut bayaran per jam. Mereka mebantu orang ramai untuk menukar kenderaan mereka dari liabiliti kepada aser yang mana ianya akan membantu orang ramai meringankan beban komitmen bulanan. Dengan menggunakan sumber ini secara maksima, mereka mensasarkan untuk mengurangkan kadar kenderaan yang berlebihan di Malaysia. Dengan itu, platform ini bukan sahaja dapat membantu pemilik kenderaan, malahan orang yang tidak mempunyai kenderaan juga kini dapat memandu kenderaan yang mereka perlukan.

Mr.Wireman Sdn. Bhd.

Mr.Wireman menyediakan juruelektrik yang berkelayakan dan berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia bagi memastikan bahawa semua kerja memenuhi garis panduan dan piawaian industri. Sebuthagra yang jelas dan nyata akan disediakan sebelum kerja bermula dan atiada kos tersembunyi. Mr. Wireman komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang paling kompetitif di mana sahaja sekitar Kuala Lumpur.

MyBump Sdn. Bhd.

MyBump merupakan platform pengiklanan orang ramai bersepadu yang memadankan jenama dengan pemandu. Platform “crowd sourcing” ini membantu pemandu biasa menjana pendapatan tambahan dengan membawa jenama kegemaran mereka di kereta mereka ketika memandu. Platform MyBump mengintegrasikan media luar tradisional, media sosial dan rakan sejawatannya dalam talian kami Dewan sejak Getaran, untuk memberikan jenama dengan kuasa jenama sepenuhnya yang melebihi apa-apa medium pengiklanan lain.

Netizen Testing Sdn. Bhd.

NetizenTesting.com membolehkan pelanggan mendapat akses kepada rangkaian pengguna yang besar untuk menjadi penguji kepada produk digital mereka, samaada laman web, aplikasi mahupun perisian. Dengan menjadi penguji kepada pelbagai laman web, seseorang individu boleh mendapat sebanyak $7 bagi setiap laporan semakan laman web, dimana masa yang diambil untuk menguji dan menyemak laman web tersebut hanyalah dalam 10-15 minit.

Flamy Sdn. Bhd.

PartTimePost.com adalah portal kerja dalam talian yang dilancarkan pada November 2013 dengan objektif untuk memanfaatkan tenaga kerja dan membantu untuk meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Platform mereka membuatkan pekerjaan lebih mudah diakses dengan memadankan pencari kerja dan majikan melalui platform dalam talian.

Essex Energy Sdn. Bhd.

Pasartap menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan runcit dan produk-produk yang segar dari ladang ke pintu anda dalam masa beberapa jam. Dengan rangkaian pembekal tempatan daripada pasar dan ladang, PasarTap dapat membantu para pelanggan mengelakkan kesukaran untuk membeli-belah barang runcit. Pelanggan kini tidak lagi perlu bersesak-sesak di dalam lalu lintas, membayar parking, membayar kos petrol kenderaan dan beratur panjang. Dengan hanya yuran penghantaran sebanyak RM3, anda akan mendapat barangan segar pada hari yang sama. PasarTap juga mempunyai pembeli yang terlatih yang bertindak sebagai pembantu pembelian dan pengawal kualiti untuk memastikan bahawa produk dari pembekal mempunyai kualiti yang terbaik.

Qwork Malaysia

Platform yang membolehkan majikan mengupah pekerja yang boleh dipercayai dan memenuhi kriteria yang diharapkan. Qwork percaya bahawa masa depan  pertumbuhan perniagaan terletak kepada daya cekap kebolehan generasi masa akan datang. Qwork adalah gabungan dari perkataan “Quick” (cepat) dan “Work” (kerja) yang mencerminkan fleksibiliti dan perkembangan pantas antara kebolehan dan jenis kerja yang tersedia di platform.

RecomN Technologies Sdn. Bhd.

Recommend.my adalah satu platform untuk mencari perkhidmatan profesional yang disyorkan di Malaysia. Mereka adalah pakar dalam memadankan pelanggan dengan penyedia perkhidmatan yang sesuai. Dari tarikh permulaan mereka pada tahun 2014, boleh dikatakan bahawa syarikat itu membantu lebih daripada 3,500 pembekal perkhidmatan dari SME, syarikat perniagaan baru dan pekerja bebas untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Redtick Sdn. Bhd.

Redtick.com merupakan kedai runcit atas talian bermula sejak tahun 2010, merintis idea pasaraya atas talian. Redtick.com juga menawarkan perkhidmatan pembeli peribadi yang merupakan perkhidmatan eksklusif untuk membantu pelanggan memberi pelbagai barangan keperluan rumah.

Rezekee

Rezekee adalah aplikasi mudah alih yang boleh memberikan sumber “Rezeki” baru kepada orang ramai dengan berkongsi komisen jurujual kereta melalui program rujukan Rezekee. Orang ramai berpotensi menerima komisen dengan 1,700 pengguna baharu yang didaftarkan pada 2 bulan lalu & 160 tempahan kereta. Selepas mendaftar, anda akan mempunyai akses kepada lebih daripada 14 jenama kereta utama dari lebih 200 syarikat kereta untuk merujuk rangkaian mereka.

Roamtify Sdn. Bhd.

Roamtify adalah satu platform crowdsource Iklan yang menghubungkan pemandu dengan jenama untuk membuat iklan pemasaran yang berkesan pada kenderaan.

Roamtify adalah cara pengiklanan terbaru untuk pemandu awam memperolehi pendapatan tambahan dengan mudah semasa melakukan aktiviti harian mereka, manakala platform pengiklanan Roamtify membolehkan perniagaan dan pengiklan untuk bekerjasama dan mewujudkan nilai ekonomi yang lebih tinggi.

Business Pixel Sdn. Bhd.

ServisHero merupakan aplikasi mudah alih yang menghubungkan pelanggan dengan pemberi perkhidmatan dengan cara yang mudah. ServisHero menyediakan sebuah platform dimana tugasan perkhidmatan dipamerkan kepada komuniti pemberi perkhidmatan. ServisHero memberi individu dengan bakat yang spesifik untuk menyertai League of Heroes (golongan pemberi perkhidmatan yang dipercayai) dan memperolehi pendapatan sambilan melalui platform laman web dan aplikasi ServisHero. Contoh perkhidmatan yang dipamerkan di dalam platform termasuk perkhidmatan elektrikal, perkhidmatan paip, pendingin hawa, fotografi dan pelbagai lagi.

S2N Smartjobs & Services Sdn. Bhd.

Smartjobs merupakan platform bakat digital secara atas talian yang menghubungkan pekerja digital dengan tugasan digital. Smartjobs juga memberi tugasan teknikal ICT secara terus kepada pekerja yang telah mendaftar dengan Smartjobs melalui kolaborasi teknikal bersama pelbagai syarikat-syarikat. Tugasan Smartjobs biasanya dari industi ICT dan telekomunikasi. Contoh tugasan yang diberi termasuk pemasangan WiFi, perkhidmatan penyelenggaraan dan, pemasangan dan semakan tugasan Telco.

Supahands Dotcom Sdn. Bhd.

Supahands adalah satu platform yang menawarkan perkhidmatan penyumberan luar bagi syarikat yang ingin meningkatkan produktiviti mereka dengan penambahbaikan proses operasi sedia ada.  Dengan menggunakan teknologi yang telah dibangunkan, platform yang berpengkalan di Kuala Lumpur ini mampu menghubungkan syarikat-syarikat dengan mana-mana SupaAgents (pekerja kontrak penyumberan awam) pada bila bila masa. Supahands menawarkan peluang fleksibel bagi mereka yang mahu bekerja dalam budaya yang mesra, serta ingin menjadi penggerak utama bagi sesuatu yang lebih besar. Supahands juga membantu syarikat untuk menjadi lebih produktif dan efisien dalam tugasan belakang tabir seperti moderasi kandungan dan pengentrian data.

Therapy On Demand Sdn. Bhd.

TERAPI merupakan Direktori Juru Urut Tradisional Melayu dalam talian. TERAPI menawarkan perkhidmatan Urutan Tradisional Melayu terus ke rumah pelanggan. Antara urutan yang disediakan adalah Urut Pantang, Urut Sakit Kronik, Urut Angin Ahmar, Urut Batin dan lain-lain. TERAPI juga menawarkan pakej Urutan Korporat kepada syarikat-syarikat bagi tujuan Program Kesejahteraan Pekerja. Kesemua Juru Urut TERAPI adalah ditapis sepenuhnya dan memiliki kelayakan yang mematuhi Akta Perubatan Tradisional & Komplementari 2017.

Uber

Uber adalah aplikasi berasaskan lokasi yang membuat menyewa pemandu peribadi atas permintaan. Ia adalah mudah dan murah dan selamat perkhidmatan teksi. Uber adalah cara yang paling bijak untuk mendapatkan sekitar bandar anda. Satu tap dan kereta datang terus kepada anda. pemandu yang Anda tahu dengan tepat di mana untuk pergi. Sebagai rakan-pemandu, anda boleh memandu dengan Uber bila-bila masa, siang atau malam, 365 hari setahun. Apabila anda memandu sentiasa terpulang kepada anda. Jadi ia tidak mengganggu perkara-perkara penting dalam hidup anda.

Human Capital Connection Sdn. Bhd.

YourPartTime.com merupakan satu perkhidmatan atas talian yang menyediakan peluang tugasan atau pekerjaan sambilan kepada yang berminat bekerja secara sambilan atau secara bebas. Secara tidak langsung, mereka akan mendapat pengalaman, kemahiran insaniah dan pendapatan tambahan. Platform ini dapat menghubungkan pekerja yang ingin mencari kerja sambilan kepada tugasan yang diberikan oleh 4,000 pelanggan dari Perniagaan Kecil dan Sederhana dan juga syarikat multinasional.

Zepto Lab Sdn. Bhd.

ZeptoExpress adalah platform penghantaran mengikut permintaan yang membolehkan pelanggan untuk membuat tempahan penghantaran mengikut keselesaan mereka.

Pada asasnya, ZeptoExpress adalah perkhidmatan yang manjanjikan penghantaran pada hari yang sama dalam masa 3 jam, di mana pelanggan boleh meminta untuk perkhidmatan penghantaran melalui aplikasi mudah alih atau platform laman web.

Saluran Rakan-rakan

Beautiful Gate Foundation For The Disabled

Beautiful Gate Foundation for the Disabled berupakan organisasi kepada mereka yang kurang upaya, sejak tahun 1993. Buat masa ini, terdapat 7 Pusat Beautiful Gate di serata Malaysia Barat. Untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada yang kurang upaya, Beautiful Gate bersama dengan pihak berkepentingan lain telah membangunkan portal OKUjobs.com.my untuk meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan dan menolong syarikat-syarikat merekrut mereka yang kurang upaya.

Freelancing.my

Freelancing.my adalah satu platform yang menghubungkan pasaran “freelancer” di Malaysia dengan syarikat-syarikat inovatif yang ingin melantik mereka untuk project tertentu. Ia menawarkan pendaftaran percuma kepada pekerja “freelancer” dan majikan (individu atau syarikat) untuk tujuan komunikasi antara satu sama lain bagi melengkapkan sesuatu projek. Platform ini bertujuan untuk menawarkan kerja-kerja “freelance” kepada pekerja “freelancer” di Malaysia dengan cara yang mudah dan fleksibel serta menggalakkan konsep bekerja dari rumah.

Freetimeworkz

Freetimeworkz adalah satu platform “crowdsourcing” “On-Demand” yang menyambungkan organisasi dan perniagaan dengan “freelancer”.

Visi kami adalah untuk menjadi satu pasaran “freelancer” yang terkemuka, profesional dan global. Misi kami adalah untuk menawarkan satu platform “freelancer” atas talian yang menyerlah dan dipercayai yang membolehkan organisasi meningkatkan nilai perniagaan melalui kemahiran khusus yang dimanfaatkan oleh komuniti “freelancer”.

Furley Bio

Furley Bio merupakan sebuah syarikat bioteknoligi yang menghasilkan produk-produk kesihatan. Ia juga menyediakan peluang keusahawanan mikro menerusi program rujukan Furley Bio. Apabila anda menjadi Rakan Furley, anda boleh mendapat komisen jualan produk Furley Bio yang telah anda jual.

KerjaDigital.com.my

Anda sedang menganggur, tidak bekerja ataupun mencari kerja sambilan? Ataupun anda sedang mencari pekerja “freelancer” untuk sesuatu projek? KerjaDigital.com.my menawarkan keistimewaan yang saksama kepada pekerja “freelancer” dan majikan untuk mencipta masa depan yang lebih baik.

KerjaDigital.com.my adalah platform atas talian bagi pekerja “freelancer” untuk diambil bekerja dan mendapat bayaran. Pekerja “Freelancer” di platform ini terdiri daripada individu, perusahaan atau syarikat sdn bhd. Selepas pendaftaran sebagai pekerja “freelancer”, anda boleh memilih jutaan pekerjaan untuk dibida. Setelah diupah dan kerja disiapkan, bayaran akan dipindahkan ke akaun bank anda. Perkara yang menguntungkan individu yang bekerja sebagai “freelancer” ialah bebas untuk bekerja di mana sahaja pada bila-bila masa dan dibayar dengan harga yang telah dipersetujui. Anda dijamin bebas dari tekanan di tempat kerja dan anda boleh memilih apa sahaja kerja yang bersesuaian dengan kemahiran dan kepakaran anda.

Individu atau syarikat yang telah berdaftar di platform ini sebagai majikan pula tidak memerlukan pejabat fizikal untuk memberi kerja; namun masih boleh mendapatkan pekerja yang mahir tanpa menambah sebarang perbelanjaan lain yang tidak diperlukan. Platform ini menawarkan pekerja-pekerja digital yang bertauliah dalam pelbagai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu seperti reka bentuk laman web, IT dan perisian, penulisan dan kandungan, penyumberan dan perkilangan produk, servis perniagaan, rekaan grafik, media and seni bina, jualan dan pemasaran, computer dan komunikasi, “data entry” dan pentadbiran, penterjemaahan and bahasa, kerja tempatan, kejuruteraan dan sains, dan banyak lagi.

Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)

Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) atau Malaysia Internet Extrepreneur Association (MIEA) dilancarkan dengan tujuan utamanya adalah untuk membangunkan dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan perniagaan, dari hanya di alam nyata, kepada perniagaan atas talian, dan juga menggalakkan pertumbuhan perniagaan dalam talian untuk warganegara Malaysia.

Kredit kepada

Kredit kerana pemberian penggunaan gambar-gambar.