Berkenaan eRezeki

Program eRezeki adalah berdasarkan konsep crowdsourcing, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.

Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.

Pusat eRezeki juga telah ditubuhkan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara, bagi membolehkan rakyat yang mempunyai akses terhad kepada infrastruktur ICT yang baik untuk mengambil bahagian di dalam program ini. Pusat eRezeki akan menyediakan latihan dan bantuan untuk memastikan peserta mendapat manfaat sepenuhnya daripada program ini.

Siapakah yang berkelayakan?

Rakyat Malaysia dengan pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 ke bawah, termasuk pelajar, suri rumah, pesara dan warga emas.

Pusat eRezeki

Jenis Pekerjaan

Kategori-kategori tugasan berikut kini boleh didapati melalui program eRezeki.

Tugasan yang mudah melibatkan pemasukan data, semakan dan pemprosesan imej atau tugasan yang tidak memerlukan kemahiran yang khusus atau tahap kemahiran yang tinggi. Walau bagaimanapun, ada juga beberapa tugasan yang memerlukan perserta menjalani latihan sebelum layak untuk melaksanakan tugasan tersebut.

Contoh Tugasan Digital Mikro adalah: –

  • Mengisi data ke dalam borang atas-talian
  • Menyemak dan memadamkan data yang berulang
  • Menyemak dan menentusahkan foto/imej
  • Memuat turun dan menguji aplikasi
  • Tugasan berkaitan Search Engine Optimization seperti carian atas-talian
  • Tugasan yang berkaitan dengan Media Sosial, seperti memasukkan komen dan mengambil tangkapan skrin.
Kerja atau tugasan melibatkan domain kemahiran tertentu pembangunan aplikasi dan pembangunan perisian, tugasan kreatif dan grafik, kerja atau tugasan melibatkan kemahiran bahasa dan banyak lagi. Kategori ini memerlukan kemahiran khusus untuk menyiapkan tugasan.

 

Contoh kerja digital adalah seperti membangunkan laman web, membangunkan aplikasi telefon pintar, mencipta logo atau mereka bentuk grafik untuk produk atau syarikat tertentu, pengujian perisian, transkripsi audio / video, dan menukarkan format dokumen.

Tugasan atau kerja yang tidak memerlukan kemahiran teknikal ICT seperti menjalankan kaji selidik menggunakan borang pertanyaan, menjalankan tugasan dan perkhidmatan domestik, dimana tugasan ini diberikan secara atas talian, tetapi tugasan itu perlu dilakukan di luar rangkuman atas talian.

Contol tugasan Kerja Bukan Digital adalah: –

  • Melaksanakan bancian rumah ke rumah bagi tujuan kaji selidik
  • Melakukan semakan kepada harga barangan dan perkhidmatan
  • Menjalankan kerja sambilan seperti menjadi kru-kru acara dan program, perkhidmatan domestik seperti pembaikian paip, juruelektrik dan pembersih premis atau kawasan.

Tugasan seperti ini biasanya ditawarkan individu atau syarikat-syarikat tempatan yang berhampiran. Rakan strategik eRezeki ini biasanya memerlukan maklumat tambahan bagi mendaftarkan pekerja yang berminat, dan juga ada menyediakan latihan tambahan jika perlu.

Tugasan atau kerja dimana pendapatan dijanakan melalui penjualan hasil kerja yang ditawarkan (contoh: fotograf / grafik), atau komisyen yang diperolehi daripada product referral / perkhidmatan (contoh: dropshipping atau sistem dropship)

Contoh tugasan Kerja Digital (Pasif) adalah: –

  • Menawarkan hasil kerja ciptaan anda, seperti fotografi atau vektor grafik yang dimuatnaikkan dan dijual kepada pembeli. Setiap pembelian akan memberi anda pendapatan berdasarkan perkongsian-pendapatan diantara anda dan platform.
  • Menjadi agen dropship, atau membantu mempromosikan produk dan perkhidmatan melalui kenalan dan juga rakan perniagaan.

Apabila anda mendaftar untuk program ini, anda perlu memberi maklumat profil agar kami dapat memadankan anda dengan tugasan-tugasan atau kerja yang bersesuaian dengan kemahiran dan kesediaan anda.

Apabila anda mendaftar diri untuk program ini, sistem kami akan bertanya set soalan untuk profil dan memadankan anda untuk kerja-kerja yang berpotensi sepadan dengan set kemahiran dan kesediaan anda.

Daftar sekarang!