Kini semua boleh mendapat manfaat daripada ekonomi digital

Raih pendapatan secara atas talian

Kini, teknologi digital telah mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, bukan semua rakyat Malaysia mendapat peluang atau mempunyai pengetahuan untuk memanfaatkannya, terutama golongan yang kurang pendedahan terhadap IT.

Oleh itu, menjadi matlamat kami di MDEC untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam penggunaan teknologi digital.

Jadilah sebahagian dari tenaga kerja atas talian dengan menyertai program eRezeki. Sebagai pekerja digital, anda boleh melakukan pelbagai tugasan yang disediakan dan memperolehi bayaran bagi setiap tugasan yang dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan terdiri daripada tugasan-tugasan digital mikro ringkas yang mengambil masa hanya beberapa minit untuk disiapkan, kepada tugasan yang memerlukan kemahiran atau pengalaman tertentu, yang mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan.

Daftarlah dengan eRezeki sekarang untuk mendapat latihan dan kelayakan, dan seterusnya dipadankan dengan tugasan yang bersesuaian. Pendaftaran adalah percuma, dan kami menyarankan agar anda mendaftar melalui Pusat eRezeki kami.

Pengalaman yang berjaya

Jelajah eRezeki

Jelajah untuk memahami lebih lanjut mengenai inisiatif eRezeki oleh MDEC.

More

Crowdsourcing

Pilih tugasan yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat dan perolehi pendapatan tambahan.

More

Rakan Strategik

Luaskan potensi sebagai pekerja digital berkelayakan bersama rakan strategik eRezeki

More

Daftar atas-talian sekarang!

Sertai Program eRezeki dan jadilah Pekerja Komuniti Digital Malaysia.

Daftar